
Pada hari ini, orang awam, pembesar2, orang ramai telah berputus asa untuk mengislahkan keadaan sekarang ini yang lebih berkiblatkan barat. Alasannya mudah sahaja, bagaimana umat Islam boleh maju, sedangkan mereka tidak mempunyai kekuatan dan kekuasaan,tiada harta benda, tiada kelengkapan perang dan tiada teknologi moden, malah tiada perpaduan dan kesatuan hati.
Bagi orang beragama pula, andaian mereka seperti ini. kita berada di kurun ke empat belas kenabian, kita semua sudah terlalu jauh dengan zaman kegemilangan nabi. oleh itu kemunduran dan kejatuhan Islam dan penganutnya adalah suatu yang pasti. Maka sebarang usaha untuk mengatasinya adalah satu perbuatan yang sia2 sahaja.
Memang benar bahawa semakain jauh kita daripada zaman kenabian semakin malaplah sinaran hakikat Islam. Namun kita perlu berfikiran positif, mana mungkin kita masih Islam jika tiada seorangpun yang masih teruskan kerja dakwah. Jadi, sebagai umat Nabi dan memegang amanah sebagai umat akhir zaman yang berperanan untuk menyampaikan Islam, kita mesti terus bersungguh-sungguh dan tabah dalam menjalankan usaha dakwah Islam.
*Seseorang yang beribadah siang malam, berpuasa dan sibuk berzikir di siang hari adalah tidak mungkin menyamai kelebihan seorang yang resah gelisah dalam memikirkan islah dan hidayah untuk orang lain.
Contoh ayat yang menekankan jihad fi sabilillah iaitu (surah an-Nisa':95,96)
jihad yang dimaksudkan ialah memberanikan diri untuk berjuang menetang orang kafir sehingga Islam menjad tinggi dan mulia sementara kekufuran dan syitik akan kalah dan menjadi hina.
"kalau kamu membantu agama Allah s.w.t, nescaya Allah membantu kamu untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Muhammad:7)
No comments:
Post a Comment