
Petang tadi selepas solat jumaat, aku keluar pergi Taman Maju. Mula-mula ingat nak pergi kedai kasut dan HPA jer. Lepas tu, teringat pasal kilang IMP dekat Sri Iskandar. Aku tau melalui tokey kedai V4, sebab pagi tadi ade bincang sikit dengan dia untuk seminar Halal Fest 2010.
Dipendekkan cerita, aku dan kawan aku, etat sampailah di kilang tersebut. Kami disambut oleh seorang pak cik berjanggut lebat. Pada mulanya die agak janggal dengan kedatangan kami, cuak gak.hehe...
Lepas aku terangkan yang aku kenal En.Din(tokey kedai V4), dia mengajak aku masuk dan menikmati hidangan yang disediakan. Tidak lama selepas itu, kami berboraklah pasal IMP, rancangan kotor yahudi, makanan yang haram dan syubhah dan banyak lagi.
MasyaAllah, Dengan petunjuk Allah yang maha esa, banyak maklumat dan perkara yang aku baru tau. Nak kongsi semua mungkin panjang lebar nanti, nasihat saya kepada anda semua, jagalah pemakanan anda, sesungguhnya "Anda adalah apa yang anda makan" makanlah jika anda yakin dengan kesucian produk itu dan lakukan kajian sendiri dan jangan malu untuk bertanya ustaz2 yang pakar untuk menambahkan lagi ilmu di dada.
Tepat jam 6.10 petang kami minta diri untuk pulang, cuaca pun macam nak hujan.
Sampai jer dekat UTP, hujan sudah mula turun renyai2, tak dapat la nak main bola cam ni..huuu
No comments:
Post a Comment