Friday, January 15, 2010

Novel: Derap-derap Tasbih

'Tak senang duduk dibuatnya' selesai sahaja aku membaca novel perang bertajuk "GERILA" aku duduk sendirian berimaginasi menerobos sempadan awan biru. Tak senang duduk dibuatnya, aku terus ke rak buku, tersusun beberapa novel kisah cinta semuanya kepunyaan adik dan mak aku. Sebelum sempat mataku melirik jauh, buku berwarna coklat kehitaman yang saiznya sedikit besar daripada novel yang lain telah menarik perhatianku. Lantas aku terus membaca sinopsis di belakang novel. Aku rasa inilah satu-satunya novel yang ditulis seorang lelaki yang pasti memahami selera remaja lelaki. "Ya, aku masih remaja tercari-cari mana kelemahan dan kelebihan diri ini, masih berubah-ubah fikiran dalam setiap hal. Aku perlukan panduan dan pengalaman untuk mendewasakan diri ini." aku bermonolog dalaman.

Sebelum berangkat pulang ke Universiti Teknologi Petronas(UTP), aku telah siap menyimpan novel ini kedalam beg dan aku pasti novel ini akan selamat tanpa sebarang kerosakan. Apa yang pasti aku telah berusaha untuk menjaganya dengan baik, maklumlah bukan barang kita.
Setelah urusan penginapan dan pindah barang selesai, aku terus memanjakan badanku di atas katil tak bercadar, memang tidak selesa seperti gatal seluruh badan dibuatnya. Terus aku bangun dan mencapai novel yang masih di dalam beg. Aku mula baca dari satu mukasurat ke satu mukasurat, sedar tak sedar hampir 2 jam berlalu dan begitulah keadaannya setiap hari sampai hari khamis, 14 januari baru habis dibaca keseluruhan novel itu. Memang menyentuh hati, novel ini mengisahkan....

Seorang mahasiswa universiti bernama Fathi, dia anak yatim dan dibesarkan oleh Tok Kiai yang sungguh berpengaruh dalam bidang agama. Dia juga seorang yang mahir dalam bidang penulisan dan baru selesai menulis novelnya sendiri bertajuk "Tasbih Michael". Majlis pelancarannya dibantu oleh rakannya Faris dan Cak Ud. Fathi dibawah jagaan Tok Kiai sering kali berasa serba salah dengan perbuatannya yang menolak cadangan Tok Kiai yang ingin menjodohkannya dengan anak Tok Kiai sendiri, Wardah. Mengikut hukum agama, Fathi boleh berkahwin dengan Wardah kerana Fathi hanyalah anak angkat kepada Tok Kiai. Tapi Fathi telah menganggap Wardah seperti adik kandungnya sendiri, tak mungkin bagi mereka untuk berkahwin.
Luahan perasaan ini selalu didengari Cak Ud yang sentiasa menyokong Fathi baik dari segi emosi mahupun pelajarannya.

Selang beberapa ketika, Tok Kiai dan isteri dijangka bertolak ke Mekah untuk menunaikan Haji, dan telah mengamanahkan anak mereka kepada Fathi untuk dijaga. tanggungjawab yang teramat berat ini terpaksa dipikul Fathi walaupun dia sedar Wardah sudah tidak seperti dulu. Wardah kini sangat membenci Fathi gara-gara cintanya tak berbalas. Disebabkan kesibukkan Fathi sepanjang "road-show" novelnya, dia hampir terlupa dengan tanggungjawabnya untuk menjaga Wardah. Pak Subhan iaitu adik kepada Tok Kiai telah mengejutkan Fathi apabila dia memberitahu Fathi bahawa Wardah telah menghilangkan diri. Fathi segera mencari Wardah di rumah kawan-kawannya, ternyata usahanya sia-sia. Dalam perjalanan pulang, kecelakaan telah menimpa diri Fathi, dia telah dilanggar lari. Dia dihantar ke hospital yang berdekatan, kebetulan seorang doktor pelatih, Dian ditugaskan untuk menjaganya. Dian seorang mahasiswi yang menuntut kursus kedoktoran di universiti yang sama dengan Fathi. Dian mengenali Fathi melalui iklan-iklan yang dipasang semasa majlis pelancaran novel di universiti.
Dian dan Fathi menjadi rapat selepas peristiwa ini, Dian menjaga Fathi seperti menatang minyak yang penuh. Bibit-bibit cinta sudah berputik diantara mereka, namun mereka pendamkan sahaja. Apabila Fathi telah sihat, dia dengan segera meninggalkan hospital sampai terlupa untuk bertemu dengan Dian. Fathi masih bingung dengan masalah kehilangan Wardah, sampai ke hari ini tiada berita mengenai kehilangannya.
(bersambung)

No comments:

Post a Comment