Friday, February 5, 2010

ke kilang IMP Kuala Kangsar


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi, perjalanan kami selamat pergi dan kembali.
Saya, sadr dan En.Din bertolak dalam pukul 3 petang selepas solat jumaat. Waktu itu hujan renyai-renyai, kami menaiki kereta BMW en.Din.

sejam kemudian kami sampai ke kilang tersebut. Kami disambut oleh Ustaz Wan dan Ustaz Ahmad Tajuddin. Selepas itu, kami terus ke bilik mesyuarat untuk berbincang mengenai seminar Halal Fest yang bakal disertai pihak IMP.

Tepat pukul 5.30 petang:tamat mesyuarat, banyak maklumat dan informasi yang telah saya dapat. Penjelasan yang diberikan sungguh memuaskan, keputusan mesyuarat pun amat menggalakkan. Saya jangka pihak IMP akan memberi komitmen 100% dalam menjayakan seminar itu nanti.

Di samping itu, kami sempat melihat sekitar kilang tersebut. sungguh bersih dan teratur. Saya difahamkan setiap pekerja mestilah mempunyai wudhu' semasa bekerja, jelaslah betapa terperincinya dari segi kebersihan yang dijaga oleh pihak IMP bagi merealisasikan matlamat menghasilkan produk Halalan Toyyibah.

Sebelum balik, kami sempat berjumpa dengan pengasa IMP iaitu Ustaz Ahmad Tajuddin. Sedikit amanat dan kata-kata semangat telah diberi kepada kami, beliau sungguh peramah. tak sangkan betul, beliau sebelum ini hanya bersekolah di pondok dan kini bergelar seorang ustaz,usahawan, dan juga sebagai pensyarah di USM. Tahniah kepada beliau~

Dalam perjalanan pulang, En Din belanja kami makan nasi lauk daging kambing di R&R berhampiran.sedap...

3 comments:

  1. haha...tokey kedai v4 kot..en.mohamad dinyati..

    ReplyDelete
  2. salam...boleh x saudara berkongsi pendangan berkaitan dengan imp ni?....saya berminat dengan imp ini...

    ReplyDelete