Friday, March 26, 2010

HUSNU ZAN(berbaik sangka)

Bismillah


Abu hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Allah s.w.t berfirman, 'Aku sesuai dengan prasanaka hamba-Ku depada diri-Ku."(Riwayat Al-Bukhari)
Rasulullah bersabda lagi"Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah."

Apa maksud bersangka baik dengan Allah? Bersangka baik di sini adalah rasa takut dan harap saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap.

Dengan siapa kita perlu bersangka baik? Dengan Allah lebih utama dan kemudian sesama manusia, lebih-lebih lagi sesama Muslim.

Seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah:
1.Apabila melakukakn sebarang ibdah dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibdadahnya itu dan membalas dengam sebaik-baik ganjaran pahala.
2.Apabila berdoa dia tahu bahawa Allah memakbulkan doanya.
3.Apabila die berdosa, segera bertaubat dan bersangaka baik bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.
4.Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebelik ujian itu ada hikmahnya.

*kite selalu cakap yang kita x cukup baik, kalau berdoa pun Allah tak akan memakbulkan. Inilah antara sikap buruk sangka terhadap Allah.

Untuk berbaik sangka memang susah(pada sayalah),tetapi kalau kita amalkan selalu InsyaALLAH akan berhasil juga.

Sekarang pun, kalau ada orang yang buat muka(masam), terus aku terfikir dia x puas hati atau sombong dan sebagainya.

Tapi, kalau difikirkan balik dia mungkin tak perasan akan kehadiran aku atau dia sedang sibuk. Idea ini terbukti kebenarannya, apabila keesokkannya aku bertanya tentang situasi di atas kepadanya.

Oleh itu, lebih baik kita berbaik sangka dekat orang lain. kita juga dapat untung sebab tak susah hati dan dapat buat kerja lain yang lebih berfaedah daripada duduk terpikir keburukkan orang itu...

No comments:

Post a Comment