Wednesday, December 23, 2015

Umar Mukhtar: Lion of Desert

 
                                       
"Pada ketika Itali mahu mengembalikan era kegemilangan Empayar Rom, Libya menjadi antara sasaran mereka bagi meluaskan kuasa.

Selepas berjaya menghalau tentera Empayar Uthmaniyah daripada Libya, Itali mendabik dada sebagai penjajah. Tetapi kegembiraan Itali tidak lama, kerana di Libya muncul seorang pejuang yang digeruni, pejuang yang mendapat gelaran Singa Padang Pasir, iaitu Umar Mukhtar.

Beliau bersama rakyat Libya mengangkat senjata menentang tentera Itali yang serba moden. Walaupun Umar Mukhtar dan tenteranya serba kekurangan, tetapi tentera Itali tidak pernah mampu mengalahkan mereka, tidak mampu menewaskannya, selama puluhan tahun.

Semua itu berubah pada ketika kehadiran Jeneral Rodolfo Graziani. Akhirnya buku bertemu ruas. Namun Umar Mukhtar tahu, hidup dan matinya tidak akan pernah sia-sia, kerana dia berjuang demi agama dan bangsa. Perjuangan yang menangnya beroleh pahala, dan matinya menemui syurga.

Ikuti kisah Umar Mukhtar, Singa Padang Pasir."


Sebuah Novel Al-Ghazali, penulis buku sejarah tokokh2 Islami. Gaya penulisannya sedikit sebanyak seperti penulis Novel Islami terkenal Saudara Abdul Latip Talib.

Seditiki sebanyak plot2 penting dalam Novel ini.

Selepas kematian ibu, dan saudara terdekat pun sudah tiada lagi, ketika itu Umar Mukhtar berumur 14 tahun, seorang anak yang cerdas dan akalnya tajam. Majid bawa Umar untuk bertemu Syeikh Sharif (Pemimpin masyarakat Janzour, anak saudara Hussein al-Ghariani tokoh agama terkenal Barqa).

Syeikh Sharif bertanya kepada Umar,"Kalau pak cik tawarkan kamu segelas susu, wang sepuluh , dirham dan sebuah kitab, yang mana satu agaknya kamu pilih dan kenapa?"

Umar menjawab" kitab,". " Segelas susu mungkin berikan saya rasa kenyang dengan ebberapa tegukan. Sepuluh dirham boleh beri saya kenyang dalam beberapa hari. Tetapi ilmu dalam sebuah kitab boleh jadikan saya bijaksana sepanjang hidup."

Syeikh Sharif ssangat kagum dengan jawapan Umar lalu setuju bagi mengambil Umar sebagai anak angkat.

Seterusnya, hari bersejarah buat Umar Mukhtar, anak angkat Sharif Al-Ghariani mengetuai satu rombangan dagang kafilah Janzour merentasi gurun Libya ke Sudan. Dalam perjalanan itu, Umar berjaya menyembelih seekor singa liar yang sering menyerang kafilah dagang yang merentasi gurun tersebut. Umar mula terkenal dengan gelaran "Singa Barqa". Mungkin sebab itu beliau digelar "Lion of the desert".

Apabila hafazan Umar sudah sempurna, Sharif al-Ghariani menghantar Umar melanjutkan pelajaran dalam bidang Tafsir Al-Quran dan ilmu Hadis di Jaghbub (pusat perkembangan  utama bagi pergerakan al-Sanussi. Pertubuhan Al-Sanussi  adalah sebuah pertubuhan bertunjangkan keagamaa yang memiliki pengikut yang ramai di Libya dan Sudan. Pergerakan ini diasaskan oleh Sayyid Muhammad Bin Ali al-Sanussi, seorang graduan Universiti Al-Azhar di Mesir (jalur keturunan bersambung dengan cucunda Nabi Muhammad, Hassan Bin Ali). Apabila beliau menunggal dunia, perjuangannya disambung anak lelakinya iaitu Sayyid Muhammad Al-Mahdi. Secara asanya, pergerakan ini menekankan kepentingan perpaduan antara saudara seagama. Bekerja keras dan menggalakkan orang Islam menguasai ekonomi supaya tidak hidup miskin. Umar belajar di sana hampir 8 tahun.

Membantu Orang Chad.
Abdul Fattah rakan lama Umar memohon bantuan bagi menghadapi tentera Perancing yang menceroboh Chad. Rabih Al-Zubayr orang kanan kepada pemerintah Chad.
Pada tahung 1899, tentera Perancis menghantar tentera menyerang Chad pimpinan Rabih al-Zuhayr. Rabih meminta bantuan daripada Sayyid Muhammad Bin al_Sanussi yang berpengaruh di Afrika Utara. Ketika itu Umar Mukhtar berumur 40 tahun turut mengumpulkan anggota pergerakan al-Sanussi dari serata daerah Tobruk. Hampir 10 ribu orang berjaya dikumpulkan.

Tarikh 17 Julai 1899, pertempuran meletus  di Togbao, berhampiran sungai Chari antara pergerakan al-sanussi dan orang Chad melawan tentera Perancis yang diketuai Leftenan Bretonnet. Walaupun serba serbi kurang tetapi dengan berbekalkan keberanian, tentera Perancis berjaya dikalahkan
dan Left Brettonet berjaya dibunuh. Tentera Perancis tidak mahu mengalah, Perancis mengumpul tentera di Algeria dan nigeria bagi melawan anggita pergerakan al-Sanussi. Kemuncaknya pada 22 April, 1900. Tentera Perancis melancar serangan besar-besaran, lebih 600 askar bersenapang dan 200 kavalri daripada sekutu Baguirmians. Serangan bergelombang daripada Perancis berjaya. Kousseri ke Sg Chari. Rabih al-Zubayr terbunuh semasa serangan hendap Perancis itu. Selepas itu, Sayyid Muhammad juga dibunuh oleh perisik Itali. Moral pergerakan al-Sanussi menurun. Umar meniggalkan Chad dalam keadaan sedih.

Sampai sahaja ke rumah, Umar dikejutkan dengan berita Itali cuba merampas Libya dari Turki.  Hubungan Turki Uthmaniyyah dan Libya semakin rapat dengan kehadiran seorang laksamana angakatan laut Turki Uthamniyyah yang berasal dari kepulau Aegean, Hayreddin Barbarossa.
Libya terdiri daripada 3 wilayah besar iaitu Tripolitana, Fezzan dan Cyrenaica, wilayah ini ditadbir kerajaan Uthmaniyyah. Namun, selepas kekalahan kerajaan Uthmaniyyah keapda pakatan Russia pada tahun 1877-1878. Perancis dan Britain ambil Tunisia.. Itali pula melobi untuk mengambil Tripoli. Itali  dan Perancis menandatangani perjanjian, Itali ambil Tripoli dan Maghribi. Itali tangguhkan operasi ketentaraan sementara waktu akibat kekurangan dana. Tapi, selepas mendapat tahu Libya memiliki simpanan bahan api yang banyak, Itali gelap mata.

Perang Turci-Italian
Ketika itu, parti Sosialis yang diketuai Giovanni Giolitti, mengisytiharkan perang  secara rasmi ke atas Libya pada 29 September 1911. Kapten Carlo Piazza guna pesawat pada 23 Oktober 1911 bagi meninjau musuh.seminggu kemudian, Giulio Gavotti menjatuhkan 4 bom di Taguira dan Ain Zara dengan menggunakan pesawat Etrich Taube model terawal. Ia merupakan searngan udara pertama dalam sejarah peperangan dunia. Tobruk, Derna dan Khoms menjadi wilayah pertama ditawan Itali.Tentera Turki dengan bantuan orang Arab melawan balik tentera Itali di Benghazi.Umar bersama anak buahnya tidak melepaskan peluang bagi membantu tentera Turki.

Pergerakan tentera Turki ketika itu diketuai oleh Kapten Kamal Attaturk yang berjaya mengekang kemaraan tentera Itali. Tentera laut Itali 7 kali ganda lebih besar berbanding Turki. Semakin banyak kawsan jatuh ke tangan Itali, termasuk 12 pulau, Pulau Rhodes,
18 Oktober 1912,perjanjian Ouchy termeterai antara Turki dan Itali. kerajaan Ithmaniyyah setuju mengundurkan bala tentera mereka dari Trablusdan benghazi.Itali setuju memulangkan Rhides dan Aegean yang menjadi milik Ithmaniyyah sejak ratusan tahun dahulu.
Secara sah, Libya menjadi koloni Itali. Berlangsung selama 39 tahun.

Pelantikan baru Mussolini sebagai perdana mentari, sambutan hebat di dataran Puazza Vanezia dengan sorakan " Viva Il Duce! Luaskan kuasamu Il Duce!" mendapat sokongan dari Wilayah Lombardi di utara, Pulau Sardinia di laut Tyrrhenian, sehingga ke wilayah Calabria di selatan.
Misinya meluaskan kuasa ke Selatan, di Cyrenaica (orang Libya memanggilnya sebagai Barqa).
Sudah 5 gabenor dihantar dalam tempoh 5 tahun ke Cyrenacia. Mussolini melantik Graziani sebagai gabenor baru bagi menangkap Umar Mukhtar. Grazziani terkenal dengan kebinatangannya di wilayah Fezzan.


Bersambung....



No comments:

Post a Comment