Monday, January 11, 2016

Ahmad Ammar si pengkaji Sejarah Turki


Ahmad Ammar seorang remaja yang dididik dengan baik oleh kedua ibubapanya. Sejak kecil lagi ibu bapanya telah menanamkan mindset "ummati" kepada anak mereka. Tidak sedikit masa diperuntukkan bagi membina sahsiah Ahmad Ammar.
Sejak kecil lagi beliau menonjol di sekolah dalam akademik, sahsiah mahupun sukan.
Cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di Maktab Tentera Diraja yang membuatkan Ammar seterusnya melanjutkan pelajaran ke Turki dalam bidang Sejarah.
Pernah menterjemah tayangan filem TV Turki ke dalam Bahasa Melayu.
Aqidah dan sahsiah yang mantap sudah diterap dari rumah, dan juga Ammar didedahkan dengan suasana yang Islamik bermula dari sekolah SAMBES dan lain2. 
Di MTD, suasana yang berlainan, agak keras dan tegang. Namun, dengan kebijaksanaan dan kekuatan dalaman yang kuat membuatkan Ammar terus cemerlang dalam MTD dan mendapat penghormatan daripada senior dan tenaga pengajar.

Persediaan awal belajar Bahasa Turki di Bangi banyak membantunya semasa di Turki. Dialek Turki yang pelbagai dapat dibiasakan dalam tempoh yang singkat. Ammar cemerlang dan dapat markah penuh dalam kertas sejarah mengalahkan orang tempatan. Namanya harum di sana. 
Cuti panjang diisi dengan menekuni kitab Risalah An-Nur di pondok.

Allah lebih sayanagkan Ammar. Dalam perjalanan ke satu tempat, Ammar dilanggar oleh Van Ambulan. Van yang sama menghantar Ammar ke hospital. Tiada kesan darah pada tubuhnya.
Ibu bapanya bergegas ke Turki. Ammar dikebumikan di perkuburan sahabat Ayub Al-Ansari. Jarang-jarang berlaku. Solat jenazah diimamkan oleh seorang imam yang berdoa dengan penuh syahdu.

Ammar pergi ke Turki belajar sejarah Turki, tetapi dia pula menjadi sejarah di Turki.
Perancangan Allah lebih hebat. 

No comments:

Post a Comment