Selesai hantar adik perempuanku di universiti Bangi dan adik lelakiku di sekolah, Tampin. jam di tangan sudah pukul 8 malam setibanya aku di rumah.
Lantas aku online dan dapatkan maklumat berkenaan ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim(DSAI) di sekitar Muar. Aku memang dah plan nak pergi sana dengan
seorang rakan, tetapi memandangkan dia sibuk dengan urusan di rumah terpaksalah aku bergerak sendirian.haha...macam bunyi bersalah pulak..
Selesai solat isya, aku bawa bekal kuih bakar dan air twister, macam nak tengok movie la pulak..Disebabkan googlemaps tak dapat kesan Tasik Kesang Laut,
aku hanya gunakan keywords sek keb kesang,lebih kurang macam tulah..dan arahnya jauh ke tengah antara Melaka-Johor. Aku mulakan perjalanan guna Lebuh raya AMJ
menuju ke Tangkak, dipendekkan cerita, aku dapat tahu bahawa tempat sebenar adalah berhampiran dengan Laut, dah nama pun Kesang Laut ye tak ye gak...
dalam pukul 10.15 malam sampailah aku di sana.memang berdebar^debar jugak semasa dalam perjalanan.Gembira betul hatiku apabila nampak banyak kereta parking tepi jalan,
konfem kat sini.
Masuk sahaja aku ke kawasan ceramah, ade brader hulur tiket derma..aku pun hampiri, ingatkan nak bagi kupon cabutan bertuah..hahaha
aku teruskan perjalanan dan dikiri kananku terdapat gerai-gerai menjual cd,buku,air,pisau,makanan dan lain2. Mula-mula aku duduk di bahagian belakang sebelah pak cik orang tempatan,
syukur alhamdulillah...sebab, aku tanyalah dengan pak cik tu samada DSAI dah berucap atau belum, katanya DSAI belum sampai lagi, (sebelum ini pada pukul 7 malam DSAI dan rakan
ada ceramah di Muar Traders Hotel) mungkin ada urusan yang belum selesai di sana.
Pada waktu itu, Ketua AMK Shamsul(if not mistaken lar) sedang berucap..penuh bersemangat dalam ceramahnya diselit juga lawak jenaka dan sokongan penuh beliau
terhadap kepimpinan dan ketokohan DSAI. Selepas itu turn Dato Chua Jui Meng pulak, pelat cina sikit time die ceramah..ade die cuba nyanyi satu rangkap lagu, sampai jadi macam sajak la pulak..hehe
tak lama selepas itu(11 malam) pengerusi majlis mengumumkan kehadiran DSAI di markas PAS kawasan. ramai orang berdiri mengalu-alukan kedatanga DSAI yang masuk
dengan membonceng motor yang bernombor plat penang( no plat waktu zaman di UM dulu2).DSAI mengambil tempat di pentas, Dr Chua Jui Meng meneruskan ucapan sedikit lagi.
Lepas itu, giliran DSAI pula menyampaikan ceramahnya. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar DSAI dan motornya dari dekat,
sungguh nostalgik dan terharu apabila dapat duduk sungguh hampir dengan DSAI, seorang tokoh yang hebat,disegani tetapi sering diherdik oleh pemimpin2 Malaysia
yang tak tau apa bezanya batu dan permata.
Ceramah DSAI berkisarkan isu2 semasa berkenaan FELDA, penjualan tanah di Sg Buloh dan kawasan2 di selangor kepada orang Luar( diselindungi dengan projek 1 Malaysia)
Judi veincent Tan, Projek tanpa tender dan kroni2 kerajaan yang membolot segala prjek.Berkenaan dengan tuduhan Washington Post terhadap DSAI berkenaan beliau memujuk orang Yahudi,
DSAI menerangkan beliau pergi ke Amerika atas jemputan untuk memberi taklimat dan buah fikiran berkenaan financial dan Islamic Governance(if not mistaken), lalu ada media bertanya pendapat
DSAI berkenaan tindakan tentera Zionis ke atas sukarelawan Mavi Marmara dsbg.DSAI sekali lagi menegaskan yang beliau tegas dalam isu Palestin, dan menentang segala tindakan jahat
Amerika dan Yahudi keatas warga Palestin.
selesai berceramah, DSAI dan rakan masuk ke markas untuk menjamu selera. aku mengintai sejenak DSAI di jendela.Sayu sungguh aku melihat seorang tua berumur 60 tahun yang masih kuat dan sabar
berjuang untuk memerdekakan Malaysia buat kali kedua walaupun beliau sedar sungguh besar halangan dan dugaan yang perlu dihadapi.
InsyaAllah, kehadiran aku ke ceramah DSAI dapat menjadi pemangkin untuk aku menjadi seorang manusia yang lebih bertanggunjawab untuk berdakwah kepada diri dan orang sekeliling
tidak kira kawan dan lawan, selagi kita muslim, kita adalah bersaudara dan sudah menjadi tanggungjawab sesama muslim untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
InsyaAllah, aku akan berusaha sedikit demi sedikit, walaupun aku tahu besar juga dugaan yang perlu dihadapi iaitu persaan malu,segan,serba salah, takut diperli rakan dan lain2. Aku cuba kuatkan semangat
jua demi Agama Islam yang tercinta. Hidup Pakatan Rakyat !!!
Husen Husaini
No comments:
Post a Comment