Friday, July 9, 2010

Kadar bayaran bagi Lesen motor B2

lesen motor memang penting ..Thx to goverment sebab turunkan harga sket.
dulu aku buat lesen motor dalam rm300-rm400 jugak lah..
sekarang.??cube refer bawah ni, source from>>www,jpj.gov.my

Adalah dimaklumkan kadar bayaran latihan, kad penetapan ujian dan lesen memandu bagi motosikal kelas B2 telah dikurangkan kepada RM 211 berkuat kuasa mulai 1 September 2009. Dalam hubungan ini, komponen kadar fi yang boleh dikenakan oleh Institut Memandu bagi maksud mengadakan latihan dan ujian memandu motosikal kelas B2 sahaja adalah sebagaimana jadual berikut:

Jadual Fi Latihan, Ujian dan Lesen Motosikal Kelas B2 Sahaja AKTIVITI FI (RM)

LATIHAN MEMANDU(INSTITUT MEMANDU)

Kelas KPP RM 166.00
Latihan Asas PRA-L (6 Jam)
Latihan Kemahiran (8 Jam)

Pra-Ujian (2 Jam)
UJIAN KEKOMPETENAN

Kad Ujian (JPJL3)
PERCUMA
Ujian Bahagian I
RM 17.00

Ujian Bahagian II RM 20.00 (Sewaan motosikal dan Litar Institut Memandu

Ujian Bahagian III

LESEN MEMANDU

Lesen Belajar Memandu (LDL)
RM 2.00

Pengeluaran LDL melalui Kiosk/Pos RM 2.00

Lesen Memandu Percubaan RM 2.00

Pengeluaran PDL melalui Kiosk
RM 2.00


JUMLAH FI
RM 211.00


2. Selain daripada komponen fi RM 211.00 yang telah ditetapkan dalam jadual fi di atas, Institut Memandu dibenarkan mengenakan fi tambahan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual berikut:

Jadual Fi Tambahan yang boleh dikenakan oleh Institut Memandu

AKTIVITI FI (RM)

Pendaftaran Pelajar
TIDAK MELEBIHI RM50

Insurans Pelajar
Gambar Pelajar di Pusat Ujian

Bahan Kursus dan Buku KPP

Perkhidmatan Lesen Memandu

Kemudahan Pengangkutan
(jika diperlukan oleh pelajar)
Rm 0.50/km = RM 1/km

(pergi-balik)

3. JPJ ingin memaklumkan bahawa pemohon yang layak mendapatkan kadar fi di atas adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

Pemohon warganegara Malaysia yang memegang MyKad yang sah, kad pengenalan Polis/Tentera SAHAJA. Pemastautin Tetap (PR) dan Bukan Warganegara adalah tidak layak; dan
Pemohon yang memohon lesen memandu motosikal kelas lesen B2 sahaja dan tidak memiliki apa-apa jenis atau kelas lesen memandu lain. Sekiranya pemohon membuat urusniaga tambah kelas atau kombinasi lain daripada kelas B2, pemohon akan tertakluk kepada kadar bayaran semasa.
4. Bagi pemohon lesen memandu motosikal kelas B2 yang perlu mengulangi mana-mana elemen ujian memandu atau memperbaharui lesen LDL, pemohon hanya perlu membayar fi tambahan seperti berikut:

No comments:

Post a Comment