Sunday, March 20, 2011

Peristiwa mencemaskan..hanya Allah yang tau

Jumaat, 5 petang.
Selepas selesai menunaukan solat asar, aku terasa agak berdebar sebelum bertolak seperti ada sesuatu yang akan berlaku padaku. Seperti biasa, aku bisikkan pada hatiku, ini semua mainan perasaan, terus cepat aku beristighfar..

On the way nak ke HQ STORMREADERS di Damansara Damai hujan turun. Nasib baik renyai-renyai saje..Aku teruskan perjalanan, motorku dah start capai 90 km/j walaupun sebelum ni menghadapai problem pasal lambat tukar minyak hitam...(pengajaran untuk aku, dekat rm200 lesap)
ok, sambung cerita..hujan dah tahap medium dekat One Utama, Aku tefikir untuk singgah kat situ, tapi hati berkata "lain kalilah, masa x sesuai"..sampai je aku dekat PJ trade, hujan mulai lebat. Aku terfikir untuk memakai baju hujan..tapi, hatiku berkata "Teruskan perjalanan".
Lepas mengharungi hujan lebat, akhirnya aku sampai jugak dekat HQ. aku perlahan motor dan matikan enjin betul2 di hadapan office SR. Bertapa kecewanya aku, apabila aku lihat lampu office dah tutup, tapi grill x tutup lagi. Aku beristighfar panjang..Sebelum aku sampai, aku terserempak dengan sorang staff SR(STORMREADERS) dekat kedai makan.
Ak hidupkan motor dan terus ke sana. Alhamdulillah, satu geng SR tengah lepak pekena teh tarik. AKu bagi salam, dan terus ceritakan apa yang berlaku..huhu
2 orang staff pun bersedia untuk tolong walaupun dah pukul 6.10 petang time tu.
Aku budget office bukak sampai pukul 8, sebab hari jumaat biasanya ade talk..aku terlupa pulak SR ade program dekat Sarawak. tu die tutup pukul 6.
dipendekkan cerita...semua urusan dah setel, belian enet dan estore dah dapat.
So, aku pun balik pukul 6.45 ptg. Hujan dah slow, tapi jalan mmg licin..Fuhhh...
on the way balik, aku bawak takdela laju mana, cuma aku pegi gatal2 nak tukar laluan ke belah kiri, time tengah toleh belakang tak sedar ada kereta kat depan, terus aku BREAK EMERGENCY, bergerak-gerak tayar belakang...CUAKKK!~~~ beristighfar panjang.!~~
fuhh...bukan sekali tapi dua kali...
Alhamdulillah, aku bisikkan dalam hati..kalau aku eksiden dan meniggal, aku pergi dan balik membawa ilmu dan ayat2 Allah.Semoga kematian aku bukan sia-sia, Ianya Jihad menyebarkan agama Allah..


No comments:

Post a Comment