Tuesday, April 19, 2011

Berbekam di Surau Al-Munawwarah Seri Kembangan

Location: Surau Al-Munawwarah Pinggiran Putra
time: 4.00 -6.00 pm
date: 17/4/2011

Selesai hantar ayah aku ke KLIA, terus aku pecut kereta ke lokasi yang seterusnya surau Al-Munawwarah. Dah lama teringin nak berbekam sunnah, cuma dulu2 tu takut dan saving sket..huhu, sekarang ni boleh la..dari segi spiritual dan kewangan dah okay, so x de alasan dah la..=D
Selesai pun berbekam..kesan bekam masih ada kat belakang badan ni, kesan torehan pisau bedah pun ade lagi. Alhamdulillah lega, proses bekam dah setel. dalam seminggu dua ni dapatlah aku berehat dari berfutsal.=D

Kat sini aku nak berkongsi fakta berkenaan bekam.(sumber dari www.bekamsunnah.com)



SENARAI HADIS TUNTUTAN BERBEKAM

Nabi SAW bersabda: “Jibril telah memberitahu aku bahawa hijamah adalah ubat yang paling bermanfaat bagi manusia.”

Nabi SAW bersabda: “Ubat yang termujarab untuk pengubatan kamu semua adalah hijamah dan qusthul bahri (kayu hindi, sejenis kayu yang selalunya digunakan untuk ubat dan pewangi).”

Nabi SAW bersabda: “Jika ada kebaikan dalam ubat yang kamu gunakan, maka hal itu adalah hijamah.”

Nabi SAW bersabda: “Dalam hijamah mengandungi ubat penyembuh.”

Nabi SAW bersabda: “Sungguh hal terbaik yang kamu semua pergunakan untuk pengubatan adalah hijamah dan qusthul bahri. Maka janganlah menyeksa anak-anak kamu dengan ghumz (menekan anak tekak yang sakit pada kerongkong anak dengan telunjuk).

Nabi SAW bersabda: “Kesembuhan ada pada tiga hal; membelah kulit demi hijamah, meminum madu dan membakar dengan api hanya saja aku larang pada umatku dari membakar dengan api.”

Nabi SAW bersabda: “Hijamah ialah ubat terbaik untuk digunakan terapi oleh manusia.”

Nabi SAW bersabda: “Sungguh dalam hijamah terdapat kesembuhan.”

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang mengalirkan sebahagian darah ini (hijamah) maka tidak membahayakannya selama tidak mengubati sesuatu dengan sesuatu.”

Nabi SAW bersabda: “Hijamah mengandung ubat dan kebarkahan serta menambah kuat hafalan dan pemahaman.”

Nabi SAW bersabda: “Pada malam aku diisra’kan, aku tidak melewati sekelompok malaikat kecuali meraka mengatakan: Hai Muhammad, gunakanlah hijamah.”

Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik ubat yang dapat kamu semua gunakan penyembuhan adalah hijamah.”

Nabi SAW bersabda: “Jika saja ada sesuatu yang mengandungi penyembuhan, maka dalam sedutan hijamah dan madu.”

Nabi SAW bersabda: “Jika darah salah seorang kamu bergejolak maka lakukanlah hijamah. Kerana darah dapat membunuh seseorang jika bergolak dalam dirinya.”


LAGI....

Nabi SAW bersabda: “Sungguh tanggal yang terbaik untuk melakukan hijamah adalah tanggal 17, 19 dan 21.”

Rasulullah SAW melakukan hijamah pada tanggal 17, 19 dan atau tanggal 21.”

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melakukan hijamah dari suatu bulan tepat tanggal 17, 19 atau 21 maka baginya ubat dari segala penyakit.”

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin melakukan hijamah maka hendaknya ia memilih tanggal 17, 19 dan atau 21.”


ADA 12 POINT SUNNAH..ANTARA KELEBIHAN BUAT BEKAM DI POINT SUNNAH NI:

POINT BEKAM THIBBUN NAWAWI -QUMAH DUWAH (Tengkuk)



Sabda Rasulullah SAW "hendaklah kalian semua melakukan perubatan dengan bekam di tengah tengkuk,kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit"

Point bekam ini bermanfaat untuk penyakit ringan dan berat seperti pandangan kabur,meningkatkan daya ingatan,sakit kepala,sakit bahu dan kerongkong.











POINT BEKAM THIBBUN NAWAWI -UMMU MUGHTIS (Kepala)


Dari Ibnu Umar RA bercerita bahawa : "Nabi Muhammad SAW pernah berbekam di kepalanya dan menyebutnya dengan UMMU MUGHTIS"

Point tersebut berada di ubun-ubun dan bermanfaat untuk mengatasi penyakit Angin Ahmar,Hipertensi,Pening Berpusar,Migrain dan juga Sihir.







KELEBIHAN BERBEKAM

AMALAN BERBEKAM JUGA MAMPU MENGURANGKAN GULA DALAM DARAH














Ini adalah satu berita baik untuk penderita penyakit kencing manis,amalan berbekam sebulan sekali amatlah bagus bagi mereka kerana kandungan gula dalam saluran darah agak berkurangan sejurus selesai proses berbekam.Bagi orang yang sihat pula,selagi mereka konisisten berbekam sebulan sekali,maka ia akan dhindari dari terkena penyakit kencing manis diusia tua nanti,insyaAllah...

AMALAN BERBEKAM MENINGKATKAN KUALITI KESIHATAN DIRI











Bagi individu diluar sana yang sering mengamalkan perubatan bekam sunnah,anda pasti menyedari bahawa kualiti kesihatan badan anda akan terasa meningkat dari masa ke semasa.Berbekam secara umum adalah proses penyahtoksidan badan melalui pengeluaran darah kotor,jadi jika kita kerap berbekam,maka semakin hari semakin kuranglah kandungan toksid dalam darah dan dalam masa yang sama semakin banyak penghasilan sel darah merah yang baru serta sel darah putih yang menyumbang kepada peningkatan antibodi dalam badan amnya...inilah namanya mukjizat bekam...

No comments:

Post a Comment